HAUS PREMIUM PARTNER

HAUS PREMIUM PARTNER (HPP) AFFILIATE PROGRAMME

Platform inisiatif daripada HAUS untuk membantu rakyat MALAYSIA menjana pendapatan di dalam situasi COVID-19

Situasi getir berdepan COVID-19

Umum mengetahui situasi yang sedang melanda negara kita dan seluruh dunia. Semua rakyat di dalam ketakutan akibat serangan wabak pandemik COVID-19.

Pelindung barisan hadapan atau "frontliners" yang terdiri daripada para doktor, jururawat, polis, wartawan dan ramai lagi petugas kerajaan dan swasta tanpa lelah mempertaruhkan nyawa mereka bagi membendung gejala penularan wabak. Kelihatan juga banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan dan sokongan dari segi barangan keperluan asas perubatan seperti face mask", "hand sanitizer", mesin perubatan, makanan, minuman dan seumpamanya bagi membantu meringankan beban dan sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 bagi memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19. Namun sekiranya kita gagal, kemungkinan besar tempoh perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan sehingga mendapat kesan yang signifikan. Jika melihat kepada trend penurunan kes di negara China, mereka mengambil masa sehingga 4 ke 5 bulan bagi meredakan penularan virus ini dan menampakkan penurunan yang ketara.

Kesan daripada COVID-19

COVID-19 memberikan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah seluruh dunia dari segenap lapisan masyarakat turut merasai kesannya. Dua kesan terbesar adalah dari segi kesihatan dan kedua tidak lain tidak bukan tentulah dari segi ekonomi. Situasi ketika ini dilihat agak sukar buat masyarakat kerana desakan keadaan yang memaksa semua rakyat dikuarantin di dalam rumah, syarikat-syarikat, kilang-kilang, institusi pendidikan dan semuanya diarahkan menghentikan operasi atau mengamalkan polisi bekerja dari rumah.

BERITA BAIK!

Ya, ini adalah berita baik dari HAUS buat anda yang dalam kerunsingan dalam situasi ketika ini. Turut prihatin, HAUS dengan seikhlas hati ingin membantu menjana pendapatan dengan membuka peluang perniagaan kepada anda 100% secara online!

APA ITU HAUS PREMIUM PARTNER (HPP)?

HPP adalah satu platform perniagaan yang baru dilancarkan. Ia beroperasi secara sistem yang lengkap, mudah, dan selamat. Berkonsepkan seperti program Affiliate namun HPP akan memfokuskan produk fizikal yang proses pembuatannya berdasarkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan diiktiraf HALAL oleh JAKIM.

HPP di dalam HAUS adalah merupakan ejen jualan atau affiliate yang HANYA akan mempromosikan link mereka yang tersendiri untuk mendapatkan jualan tanpa perlu berjumpa pelanggan, tanpa modal, tanpa komitmen stok, tanpa pengeposan. Segala mengenai Produk akan diuruskan oleh pihak HQ. HPP hanya bertugas untuk mempromosikan dan terus mendapat komisyen hasil jualan.

Tanpa Perlu Jumpa Customer

Tanpa Modal

Tanpa pegang Stok

Setiap HPP akan mempromosikan link laman e-dagang yang tersendiri bagi mendapatkan hasil jualan daripada pembeli.

Menariknya, produk yang akan ditawarkan di dalam program ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa mengikut keperluan pengguna.

BERAPA KEUNTUNGAN HAUS PREMIUM PARTNER (HPP)?

PERATURAN PENTING

Dalam HAUS PREMIUM PARTNER (HPP) AFFILIATE PROGRAMME


1. Tidak dibenarkan SPAM link HPP anda di sosial media sama ada Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan domain www.hauscosmetics.com.my disekat sekaligus menyekat peluang perniagaan semua HPP. Contohnya:

  • Elakkan dari meninggalkan link HPP anda di ruangan komen Facebook rakan yang lain. Sebaiknya, letakkan link Whatsapp terlebih dahulu. Apabila prospek memulakan perbualan Whatsapp, barulah anda boleh berkongsi link HPP bagi tujuan pembelian.
  • Jangan spam link HPP anda di group-group perniagaan terutama di Facebook. Hanya dibenarkan untuk bercerita mengenai kebaikan dan kelebihan bisnes beserta link Whatsapp. Kemudia di Whatsapp, barulah kongsikan link HPP anda bagi tujuan pembelian.

2. Disarankan untuk mempromosikan link HPP anda melalui penulisan artikel di blog masing-masing.

3. Selain media sosial, selitkan juga link HPP anda di laman lain seperti ruangan komen di blog rakan-rakan, laman Forum, tidak ketinggalan juga di bahagian tandatangan e-mail. 

4 Sediakan penulisan dan poster yang bersesuaian mengikut standard HQ.

SEDIKIT TIPS!

1. HPP perlu bijak menarik prospek ke Whatsapp atau Telegram terlebih dahulu.

2. Langgan iklan berbayar seperti: FB Ads, IG Ads, iklan banner di blog-blog terkenal, review dari "instafamous", "twitfamous", "influencer" dan sebagainya.

KENAPA ANDA PERLU SERTAI PROGRAM HPP?

1. "Hustle-Free". Tanpa modal, tanpa perlu stok.

2. Produk berkualiti dikeluarkan oleh kilang berstatus HALAL dan GMP.

3. Produk permintaan tinggi keperluan pengguna yang mudah dijual.

4. Beroperasi 100% secara atas talian. Bekerja dari rumah dan di mana sahaja anda berada.

5. Program lengkap dengan sistem pengurusan di hujung jari.

6. Hanya promosikan link HPP anda untuk mendapatkan jualan.

7. Tiada komitmen wajib. Anda dapat apa yang anda buat.

MUDAHNYA BERNIAGA DENGAN HPP!!

Dengan HPP, anda boleh menjana seberapa banyak pendapatan yang anda mahu HANYA dengan mempromosikan link laman e-dagang anda yang tersendiri.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYERTAI HPP?

1. Baca dengan teliti semua terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum meneruskan. Sekiranya anda bersetuju, isikan borang pendaftaran di bawah menggunakan e-mel anda yang telah berdaftar.

2. Selepas pautan link HPP anda diaktifkan, anda boleh mula mempromosikan link anda ke semua platform media sosial bagi mendapatkan jualan.

Tunggu apa lagi? Selamat datang ke Program Affiliate HAUS Premium Partner (HPP)!!

#ActNow