Ramadan Kareem

Lebih kurang sebulan lagi umat Islam akan menyambut Ramadan dan mula menunaikan ibadah puasa.

Rukun Islam ketiga ini sememangnya ditunggu-tunggu bukan sahaja demi mengumpul pahala dan ganjarannya malah dengan menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara yang membatalkan, puasa juga terbukti baik untuk kesihatan.

Dan setiap kali menjelang Ramadan pasti akan kedengaran di corong radio dan siaran televisyen iklan kurma yang merupakan makanan sunnah setiap kali berbuka puasa.

 

3 KURMA TERBAIK DI DUNIA

1) Kurma Ajwa

Jenis kurma Ajwa adalah salah satu yang ditanam di Madinah Munawara di Arab Saudi. Ia adalah kurma hitam yang manis, dengan rasa buah yang segar. Kurma ini cenderung bersaiz kecil dan mempunyai tekstur isi yang lembut. Manakala, biji kurma Ajwa berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan mempunyai tekstur kasar.

Namun tahukah anda bahawa harga buah Kurma paling mahal ialah buah kurma dari jenis Ajwa. Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma Nabi ini berasal dari Madinah, dan ia merupakan buah kurma yang sangat popular dan mempunyai permintaan tinggi memandangkan ia merupakan buah kurma yang dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W. 

Dengan khasiat yang ada pada buah kurma ini, bolehlah ia menjadi salah satu menu makanan harian terbaik, bukan sekadar di bulan puasa.

saya nak

 

 

2) Kurma Medjool

 

Kurma Medjool adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan oleh itu adalah jenis kurma paling mahal, besar dalam saiz, kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat, tekstur berserabut dan rasa yang sangat manis. Rasa manis yang ada pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel. Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering. Buah kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya ini. Kurma Medjool adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma.

kurma medjool

 

3) Kurma Safawi

kurma safawi

Kurma Safawi adalah jenis kurma khas yang sebahagian besarnya ditanam di Arab Saudi. Kurma Safawi adalah jenis kurma yang lembut dan semi-kering, dapat dikenali dari warnanya yang hitam mendalam, panjang dan saiznya yang sederhana. Ia mempunyai persamaan dari segi rasa dengan kurma Ajwa tetapi ia berbentuk lebih oblong berbanding dengan kurma Ajwa. Jenis kurma Safawi dikenali oleh produktivitinya dan ini membuat kurma ini mudah tersedia dan mudah didapati sepanjang tahun berbanding dengan jenis lain. Menariknya kurma Safawi ini mengandungi

i. Vitamin A yang tinggi baik untuk mata.

ii. Vitamin B berkhasiat membantu melembapkan kulit

iii.Membantu sistem pencernaan tubuh dengan kandungan serat yang tinggi.

iv. Sesuai dimakan ketika perut kosong untuk membantu membunuh cacing di dalam perut.

 

 

KEBAIKAN KURMA

1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi

Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya.

Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.

2. Tenaga Segera

Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru.

Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.

3. Diet Sihat

Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.

Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.

Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.

4. Membantu Mengurangkan Sembelit

Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit.

Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!

Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.

5. Menyihatkan Jantung

Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi.

Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.

Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.

 

 

Dapatkan Kurma Premium Sekarang!!

 

    

 

Dapatkan sekarang! Postage PERCUMA Seluruh Malaysia!!