KILANG KAMI

GIM COSMETIC INDUSTRIES SDN.BHD.

GIM COSMETIC INDUSTRIES SDN.BHD.

GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd. dimiliki oleh Puan Norazimah Abd Jalil selaku Pengarah Kajian dan Pembangunan Produk atau Research and  Development (R&D) dan suami, Tuan Azizi Mohd sebagai Pengarah Pembangunan Bisnes sejak tahun 2012 yang lalu. GIM (Global Integrated Manufacturer) adalah sebuah pengilang kosmetik yang professional terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Kemudahan prasarana bagi pembangunan produk dan proses pengilangan kami telah menjadi peneraju di dalam industri kosmetik seluruh Malaysia. Bukan terhad kepada kosmetik sahaja, GIM juga telah pun meluaskan bidang pembuatan kepada produk penjagaan diri dan makanan tambahan.

GIM telah mendapat pengiktirafan yang tinggi sebagai peneraju  pembuatan kosmetik di Malaysia sejak sekian lama. Dengan berpegang teguh kepada frasa “High Quality Diminish All Else” GIM ingin membawa maksud “Kualiti yang Tinggi Menundukkan Segala” kerana kami amat menitik berat akan kualiti dari setiap sudut pembuatan produk yang dihasilkan.

Oleh itu, telah menjadi satu  prioriti kepada kami untuk menyediakan formulasi-formulasi baru yang sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa mengikut peredaran dan menggunakan bahan-bahan berteknologi tinggi bagi menjamin keberkesanan sesuatu produk. Pembuatan di kilang GIM Cosmetic Industries yang dioperasikan oleh 100% muslim bumiputera juga telah diiktiraf HALAL oleh pihak JAKIM selain memiliki sijil Good Manufacturing Practice (GMP) oleh pihak KKM dengan mengamalkan Amalan Perkilangan Baik mengikut garis panduan yang ditetapkan.


Certificate


Kenali kami dengan lebih lanjut di  www.gimcosmetic.com