TENTANG HAUS®


FILOSOFI HAUS


VISI

Menjadi peneraju jenama kecantikan dan kesihatan yang paling diyakini HALAL.

MISI

Menyumbang ke dalam bidang kecantikan dan kesihatan melalui pembuatan yang HALAL, suci dan selamat untuk pengguna produk HALAL.



Menjadi sebuah entiti perniagaan di dalam bidang kecantikan dan kesihatan setaraf antarabangsa.

Menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan menggunakan bahan-bahan dari sumber alam semulajadi dan dijamini HALAL.

Membuka peluan pekerjaan kepada muslim yang memerlukan khususnya kaum wanita dan ibu tunggal.

Melahirkan usahawan berilmu yang bernaung di bawah satu platform bagi membangunkan ekonomi sejagat melalui latihan komprehensif dan berterusan di akademi latihan HAUS.

memberi sepenuh komitmen dalam menyediakan segala,khidmat, dan sokongan dari segala aspek kepada HAUS Guardian bagi menjamin mutu perkhidmatan.

Memupuk nilai integriti dalam kalangan warga kerja dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mencapai visi syarikat.

PERSONALITI HAUS

NORAZIMAH ABD JALIL

Beliau merupakan tulang belakang HAUS yang baru saja menginjak tahun ke-4 namun telah berjaya menempatkan diri di kedudukan tersendiri dalam kalangan rakyat Malaysia.



AZIZI MOHD

Beliau juga merupakan insan hebat disebalik pembangunan HAUS sejak dari awalnya.

 Jiwa perniagaan dalam diri beliau secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada pasangan hidupnya Puan Norazimah Abd Jalil.



NILAI TERAS



Definisi logo

Nama "HAUS" telah diinspirasikan dari satu perkataan yang berasal dari Jerman iaitu "Haus". Ia dengan jelas membawa maksud  "Rumah". Puan Norazimah dan Tuan Azizi yang pada asalnya mempunyai sebuah kilang pembuatan kosmetik berstatus HALAL iaitu GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd., berhasrat membuka sebuah "Rumah" atau pusat "one-stop-centre" bagi merangkumi seluruh pembuatan barangan kecantikan, kesihatan, dan penjagaan diri yang dijamin HALAL dan mampu menyaingi jenama antarabangsa.

Aura pesona warna keemasan yang berkilau melambangkan seluruh identiti HAUS yang eksklusif, elegan dan bertaraf tinggi  pada masa yang sama menonjolkan sisi dinamik yang penuh kredibiliti. Nilai pada logo ini secara tidak langsung mendorong HAUS  untuk menjadi sebuah syarikat yang komited dan berdaya saing  secara sihat ke arah peneraju jenama kecantikan dan kesihatan yang paling diyakini HALAL.

Secara keseluruhannya, penampilan logo HAUS yang jelas dan mudah dibaca ini membawa definisi ringkas, eksklusif, elegen, dinamik dan kredibiliti yang tinggi.


PENCAPAIAN SYARIKAT

Baru memasuki tahun ke-4 penubuhan, hasil gabungan kepakaran, strategi dan pelaksanaan yang berterusan dari segala aspek pada semua peringkat telah menaikkan nama HAUS di mata masyarakat dalam masa yang singkat. Kejayaan HAUS lahirnya dari kekuatan struktur organisasi yang diterajui setiap jabatan yang memberi sokongan dengan penuh komited.



Sehingga hari ini, HAUS telah melahirkan lebih 1000 orang usahawan yang digelar HAUS Guardians di mana mereka semua bernaung di bawah satu bumbung yang sama iaitu pentadbiran HAUS.

Haus juga telah mempunyai empat bidang pengkhususan iaitu HAUS Cosmetics untuk kosmetik berwarna, HAUS Skin untuk penjagaan kulit, HAUS Premium untuk kelas produk high-end menggunakan bahan-bahan mewah, dan HAUS Superfood untuk supplement. Kami amat berbesar hati dapat melancarkan kesemua produk mengikut kategori masing-masing mengikut keperluan pengguna. Dalam masa yang sama, kami masih menjalankan kajian untuk mengembangkan lagi bidang pengkhususan yang lain pada masa akan datang.

AKADEMI LATIHAN HAUS

HAUS sentiasa komited dalam menyokong setiap langkah HAUS Guardian dan sentiasa menghulurkan tangan kepada Guardians yang memerlukan. Dari masa ke semasa, pihak pengurusan HAUS sentiasa menyediakan latihan mengenai ilmu produk, dan pelbagai aspek lagi supaya HAUS Guardian sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu fakta yang kuat untuk menyambut prospek dengan lebih berkeyakinan. Dengan ini sekaligus dapat bersama-sama memaju dan menaikkan jenama HAUS sebagai peneraju di dalam bidang kecantikan dan kesihatan yang paling diyakini HALAL.