HAUSPREMIUM

Cream Moisturiser

RM79 MYR

Blood Orange Brightening Cream Moisturiser 

RM 79.00 | 20g

KKM-Approved: NOT190802728K

Senarai bahan : Aqua, Sodium Hyaluronate, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Glycerin, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Octyldodecanol, Saccharide Isomerate, Sodium Polyacrylate, Hydrolyzed Royal Jelly Protein, Propanediol, C10-18 Triglycerides, Phenoxyethanol, Ascorbyl Tetraisopalmitate (Vitamin C), Maclura Cochinchinensis Leaf Extract, Orobanche Rapum Extract, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Glyceryl Stearate, Pachyrhyzus Erosus (Root) Extract, Propylene Glycol, Caprylic Acid, Xylitol, Triolein, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Colorant Blue (CI 77007), EDTA, Fragrance, Maltodextrin, Ethylhexylglycerin, Glyceryl Dioleate, Menthol, Menthyl Lactate, Capparis Spinosa Fruit Extract, Citric Acid, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Sodium Citrate, Citrus Sinensis (Orange) Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Extract, Tocopherol

Pelembab yang diformulasi dengan berasaskan krim, kami ciptakan khusus buat jenis kulit yang terlalu kering dan kombinasi. Rasai tekstur yang ringan dan selesa ini dengan sendiri. Ia meresap terus ke dalam kulit anda dalam sekelip mata.

Blood Orange kaya dengan Anthocyanins semula jadi untuk membantu melawan radikal-radikal bebas dan kerengsaan kulit supaya segala jerawat dan jeragat dihapuskan, Vitamin C untuk mencerahkan kulit, dan Vitamin A bagi mengekalkan kesihatan kulit dari dalam. Blood Orange ini telah dibuktikan secara saintifik dapat memberikan anda kulit lebih sihat yang sekurang-kurangnya dua tona lebih cerah.

Pelembap ini dimasukkan bersama bahan premium yang berkuasa untuk melembapkan iaitu Sodium Hyaluronate di mana kemampuannya untuk menguatkan ‘skin barrier’ tidak dapat disangkal lagi. Hydrolyzed Royal Jelly Protein membantu meningkatkan kolagen dan mengurangkan penghasilan melanin lalu memberikan anda kulit baru yang menyerlah berseri dan anjal.

Shea butter juga banyak membantu mengunci kelembapan di dalam kulit anda. Kandungan vitaminnya yang tinggi membantu melembutkan kulit dengan ciri anti-radang dan penyembuhannya. Ciri anti-oksidan minyak Sunflower seed membantu dalam mencegah tanda-tanda awal penuaan dan Vitamin E semula jadinya merangsang penghasilan kolagen dan pembaharuan kulit.

Langkah penggunaan: Selepas mencuci dengan Blood Orange Brightening Scrub Cleanser, ambil jumlah yang berpatutan dan pakai secara gerakan membulat menggunakan hujung jari yang bersih. Dap dengan lembut untuk penyerapan ke dalam kulit. Sempurnakan langkah penjagaan kulit dengan menggunakan Blood Orange Brightening Serum terlebih dahulu sebelum Blood Orange Brightening Moisturiser.

 

Anugerah & pensijilan

You may also like

Recently viewed