HAUSPREMIUM

Gel Moisturiser

RM79 MYR

Blood Orange Brightening Gel Moisturiser

RM 79.00 | 20g

KKM-Approved: NOT190802726K

Senarai bahan : Aqua, Sodium Hyaluronate, Maclura Cochinchinensis Leaf Extract, Propanediol, Butylene Glycol, Hydrolyzed Royal Jelly Protein, Saccharide Isomerate, Trideceth-6, Hydrogenated Polydecene, Sodium Polyacrylate, Phenoxyethanol, Azelamidopropyl Dimethyl Amine, Pachyrhyzus Erosus (Root) Extract, Propylene Glycol, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Colorant Blue (CI 77007), Glycerin, Fragrance, Maltodextrin, Ethylhexylglycerin, Menthol, Menthyl Lactate, Capparis Spinosa Fruit Extract, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Citrus Sinensis (Orange) Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Extract, Citric Acid, Sodium Citrate

Pelembab gel yang diformulasi dengan jaminan 100% berasaskan air, kami ciptakan khusus buat jenis kulit yang berminyak dan sensitif. Rasai tekstur yang ringan dan selesa ini dengan sendiri. Ia meresap terus ke dalam kulit anda dalam sekelip mata.

Blood Orange kaya dengan Anthocyanins semula jadi untuk membantu melawan radikal-radikal bebas dan kerengsaan kulit supaya segala jerawat dan jeragat dihapuskan, Vitamin C untuk mencerahkan kulit, dan Vitamin A bagi mengekalkan kesihatan kulit dari dalam. Blood Orange ini telah dibuktikan secara saintifik dapat memberikan anda kulit lebih sihat yang sekurang-kurangnya dua tona lebih cerah.

Pelembap ini dimasukkan bersama bahan premium yang berkuasa untuk melembapkan iaitu Sodium Hyaluronate di mana kemampuannya untuk menguatkan ‘skin barrier’ tidak dapat disangkal lagi.

Hydrolyzed Royal Jelly Protein membantu meningkatkan kolagen dan mengurangkan penghasilan melanin lalu memberikan anda kulit baru yang menyerlah berseri dan anjal. Ekstrak akar Bengkoang telah digunakan secara meluas untuk pencerahan kulit yang efektif.

Kombinasi ekstrak Green Tea dan ekstrak daun Olive yang kaya dengan anti-oksidan semula jadi, membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan, dan hebat dalam penyembuhan luka dan parut.

Langkah penggunaan: Selepas mencuci dengan Blood Orange Brightening Scrub Cleanser, ambil jumlah yang berpatutan dan pakai secara gerakan membulat menggunakan hujung jari yang bersih. Dap dengan lembut untuk penyerapan ke dalam kulit. Sempurnakan langkah penjagaan kulit dengan menggunakan Blood Orange Brightening Serum terlebih dahulu sebelum Blood Orange Brightening Moisturiser.

 

Anugerah & pensijilan

You may also like

Recently viewed