HAUSPREMIUM

HAUSANITIZER 50ml COMBO 2 PCS + FREE DELIVERY

RM25 MYR

HAUSANITIZER 50ml COMBO 2 PCS + FREE DELIVERY

HAUSanitizer merupakan produk terbaru keluaran HAUS di bawah rangkaian HAUS Premium. Ia diformulasi dengan rumusan istimewa bagi membantu para pengguna yang mementingkan kebersihan diri dan keluarga bagi melindungi mereka dari bakteria dan kuman. Ini adalah salah satu inisiatif khas dari pihak HAUS kepada masyarakat dalam situasi yang sedang menggegarkan seluruh dunia iaitu wabak pandemik COVID-19 oleh virus dari sejenis keluarga coronavirus. #NoCorona #HAUSCare #HAUSConcern #HAUSContribute #HAUSPrihatin #HAUSCakna


HAUSanitizer dihasilkan di kilang milik muslim bumiputera Malaysia iaitu GIM Cosmetic Industries Sdn. Bhd. Pembuatan GIM Cosmetic Industries yang dioperasi oleh 100% muslim bumiputera juga telah diiktiraf HALAL oleh pihak JAKIM selain memiliki sijil Good Manufacturing Practice (GMP) oleh pihak KKM dengan mengamalkan Amalan Perkilangan Baik mengikut garis panduan yang ditetapkan.


Pihak Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) telah menyarankan penggunaan hand sanitizer bagi mencuci tangan sekiranya berada di dalam situasi ketiadaan sumber air dan sabun. Ini kerana, tangan merupakan anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada bakteria dan kuman. Penjagaan kebersihan tangan adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan yang sejahtera. Merujuk kepada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan atau Centres for Disease Control and Prevention (CDC), penggunaan alkohol sekurang-kurangnya 60% dan ke atas di dalam hand sanitizer telah cukup mampu menghapuskan bakteria dan kuman dengan cara penggunaan yang betul.


Bahan-bahan yang digunakan di dalam HAUSanitizer ini telah terbukti berkesan bagi menghapuskan 99.9% bakteria dan kuman melalui ujian makmal oleh pakar sains.

 

Dengan menggunakan 70% alkohol di dalam keseluruhan formula HAUSanitizer ini, ia dijamin dapat membantu membunuh bakteria dan kuman secara terus dan mengurangkan bakteria dan kuman dengan jumlah yang signifikan dengan mengikut langkah penggunaan yang betul.


Selain itu, HAUSanitizer tidak akan mengeringkan kulit walaupun dengan kerapkali penggunaan kerana Aloe Vera berfungsi memberikan kelembapan yang optimum bagi memastikan kulit sentiasa kekal terhidrat disamping bebas dari bakteria dan kuman.

KKM NOTIFICATION NUMBER: NOT200304544K

You may also like