HAUSPREMIUM

HYDRABOOST SLEEPING BEAUTY MASK

RM69 MYR

Mask dengan tekstur “memory shaped” unik yang istimewa ini terasa seperti puding! Ianya diformulasi berasaskan air dengan kesan yang tidak melekit dan mengering sepantas kilat. Segala kebaikannya akan meresap dengan mudah jauh ke dalam kulit anda dalam sekelip mata.

Mengimpikan kulit yang kembali pulih sihat, kembali muda remaja, dan kekal lembap? HAUS Premium HydraBoost Sleeping Beauty Mask dihasilkan untuk memberi rawatan pemulihan kulit yang terbaik. Anda pasti ternantikannya setiap malam!

Kebelakangan ini, matahari bersinar terlalu cerah dengan sinaran yang merbahaya menyebabkan kulit kasar, berkuping, dan kering. Gabungan hebat di antara Sodium Hyaluronate dan Saccharide Isomerate memberikan lebih kelembapan dan kulit yang terhidrat dari dalam, terbukti sehingga 72 jam.

Persekitaran yang tercemar dan radikal bebas telah merosakkan sel kulit sepanjang hari yang menyebabkan pigmentasi, penuaan kulit, malah lebih terus kanser kulit! Di waktu malam, sel kulit berupaya membaiki kerosakannya secara semulajadi namun, pendedahan secara terus kepada sinaran UV telah bertindak lebih pantas berbanding proses pemulihan itu sendiri. Microbiomes kami Chlorella Vulgaris Extract, Haematococcus Pluvialis Extract, dan Lecithin membantu meremajakan dan menyerlahkan kulit yang berseri.

You may also like