HAUSPREMIUM

HYDRAGLOW MELT AWAY BALM

RM55 MYR

HAUS Premium memebawakan kepada anda Hydra Glow Melt Away Balm dengan tekstur balm unik untuk membersihkan wajah anda sedalamnya tanpa meninggalkan kesan kotoran. Langkah utama bagi ‘double cleanse’ ini adalah kunci kepada kulit yang sihat. Formula 2-3-4 yang istimewa ini menghasilkan penampilan wajah yang berseri dan menyuburkan kulit setelah membersihkan kulit wajah anda sebersihnya!

Sunflower Seed wax, Rice Bran wax, dan Japanese Fruit wax dipilih dengan teliti sebagai wax alternatif vegan untuk mendapatkan texture balm yang mewah. Wax tumbuhan adalah ramuan vegan terbaik bagi kulit sensitif dan semua jenis kulit. Tambahan lagi, wax pilihan ini mengandungi diri menenangkan, melembapkan, dan anti-keradangan yang memberi pelbagai kebaikan kepada kulit

Sebagai bintang utama di dalam formula, kami menggabungkan Rice Bran oil, Avocado oil, Jojoba oil, dan Geranium oil untuk melarutkan solekan degil dan kalis air dengan ciri ‘oil binding’. Disamping bertindak sebagai ‘makeup scooper’, minyak tumbuhan ini kaya dengan ciri unik tersendiri yang pastinya akan dicintai oleh kulit wajah yang berharga. Anda boleh berterima kasih kepada kami kemudian!

Rice Bran oil sangat kaya dengan antioksidan yang membantu menyelesaikan kerosakan akibat sinaran UV. Ia membuatkan kulit lebih lembut dan anjal dengan kandungan Vitamin E semulajadinya. Ia juga mengandungi sebatian Gamma (γ)- oryzanol dan Squalene bagi melancarkan peredaran darah, mengurangkan sembab, melembap dan mengunci kelembapan disamping mengurangkan garis halus serta kedutan wajah.

Avocado oil dan Jojoba oil adalah bahan dengan multivitamin termasuklah Vitamin A, D, dan E yang membekalkan kelembapan dan hidrasi mendalam kepada kulit. Sementara itu, nikmati ketenangan aromaterapi dari Geranium oil yang juga mengandungi ciri anti-mikrobial bagi memastikan kulit yang kekal sihat.

Suburkan kulit bersih anda dengan Vitamin C & E. Gabungan duo ini bekerja dengan baik untuk menganjal dan mencerahkan tona kulit wajah yang kusam. Percayalah, setiap satu persatu perincian formula balm ini dihasilkan sempurna hanya untuk anda!

You may also like