HAUSPREMIUM

NEUTROCUMIN C+

RM69 MYR

NEUTROCUMIN C+

PENGENALAN: SISTEM IMUN

Sistem imun adalah merupakan proses kepada badan bagi melindungi diri daripada penyakit atau bendasing yang berbahaya. Sistem imun mengenal pasti pelbagai ancaman, termasuk virus, bakteria dan parasit, dan mengasingkannya daripada tisu tubuh yang sihat. Sistem imun tubuh yang kuat menjamin kesihatan yang sejahtera.

ASCORBIC ACID (VITAMIN C)

Pengenalan

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid L-askorbik, merupakan vitamin penting larut air yang diperlukan bagi proses biologi dan fisiologi badan. Namun begitu, tubuh manusia tidak dapat mensintesis vitamin C sendiri. Ia hanya dapat diperolehi daripada pengambilan sumber makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mengekalkan fungsi metabolisma tubuh yang normal.

Manfaat Kesihatan

• Vitamin larut air yang penting untuk pembentukan kolagen yang sihat bagi struktur tulang, otot dan saluran darah.

• Ejen antioksida yang kuat untuk membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

• Memperkuatkan sistem perlindungan tubuh dengan memperbaiki serta menyokong pelbagai fungsi rangkaian sel imunisasi dalam tubuh.

 

EKSTRAK KUNYIT/ TURMERIC EXTRACT

Pengenalan

Kunyit merupakan tumbuhan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Diambil dari akar spesis Curcuma longa. Dikenali sebagai rempah makanan, ia telah menarik perhatian para saintis untuk mengkaji manfaat perubatan daripada sebatian aktifnya yang disebut curcuminoids yang terdiri daripada curcumin, demethoxycurcumin dan bisdemethoxycurcmin.

Manfaat Kesihatan

• Sebatian anti-radang semula jadi

• Meningkatkan aktiviti antioksidan

• Menguatkan sistem imun

• Mengurangkan sakit sendi.

 

PROBIOTIC (BIFIDOBACTERIUM LONGUM)

Pengenalan

Probiotik merupakan mikroorganisma hidup yang didapati di dalam makanan fermentasi dan susu kultur. Ia digunakan secara meluas untuk formulasi makanan bayi. Ia terkenal sebagai "bakteria baik", yang memberikan banyak khasiat untuk kesihatan. Bifidobacterium longum adalah spesies bakteria Gram-positif yang secara semula jadi terdapat di saluran pencernaan manusia. Ia merupakan salah satu bakteria paling awal dalam usus bayi. B. longum sering ditambahkan pada produk makanan sebagai probiotik dengan pelbagai faedah kesihatan.

Manfaat Kesihatan

• Pencegahan penyakit usus

• Meningkatkan sistem ketahanan badan

• Meningkatkan kesihatan kulit

• Meningkatkan kesihatan mulut

 

 

You may also like

Recently viewed