HAUSPREMIUM

Oil Acne Skin Set

RM130 MYR

Kombo Mengandungi : 1 super sensitive beauty soap, 1 gel moisturizer.

 

SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP 50g

Senarai Bahan: Aqua, Glycerin, Sodium Stearate, Sorbitol, Sodium Laurate, Sodium Oleate, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Sodium Cocoate, Sodium Palm Kernelate, Hypericum Perforatum Oil, Persea gratissima (Avocado) Oil, Argania Spinosa Kernel (Argan) Oil, Citrus Medica Limomum (Lemon) Peel Oil, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Spent Grain Wax, Citric Acid, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Tocopherol

Sabun buku bertekstur yang sangat halus dari bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dibuat istimewa untuk mereka yang berkulit sensitif, berminyak, dan berjerawat. Uniknya, Super Sensitive Beauty Soap ini juga sesuai dengan mereka yang berkulit kering kerana ciri pelembapannya yang tinggi. Lihat sahaja barisan bahan-bahannya yang hebat.

Shea butter telah dikenali baik dengan kemampuannya untuk melembapkan kulit disamping mengurangkan keradangan kulit dan menenangkan kegatalan rengsaan kulit. Avocado oil jarang sekali ditemui di dalam pembuatan sabun kerana harga kosnya yang mahal. Walaubagaimanapun, kami menjanjikan anda kualiti dan anda akan mendapat setimpal dengan yang telah anda bayar.

Avokado mengandungi multivitamin yang sangat baik seperti Vitamin A, D dan E untuk membantu melembap dan melindungi kulit anda dari sinaran UV yang merosakkan. Ia juga adalah merupakan ejen antioksida dan anti-keradangan yang baik bagi memastikan keanjalan kulit.

Minyak Argan telah sekian lama menjadi kegemaran ramai untuk menyuburkan kulit lebih dari yang anda perlukan dengan kandungan Vitamin E semulajadinya yang tinggi. Lemon Peel oil adalah sumber semulajadi Vitamin C yang bekerja untuk melawan radikal bebas dengan cici antioksidanya.

Dengan itu menyumbang kepada kulit yang lebih cerah bersei, bebas dari bintik hitam, dan tona tidak sekata. Tea Tree oil pula telah digunakan dengan meluas untuk merawat jerawat dengan ciri anti-keradangannya yang hebat.

Sabun ini telah diformulasikan dengan hanya berasaskan bahan-bahan semulajadi, tanpa pewangi tambahan, tanpa bahan pengawet, dengan surfactant lembut yang menyebabkan kurang buih bagi menyesuaikan semua jenis kulit.)

Langkah penggunaan: Basahkan muka sebelum menggunakan. Basahkan sabun dan gosok sehingga berbuih. Gunakan buih untuk mencuci wajah dengan teliti. Bilas dengan bersih. Gunakan tuala mikrofiber yang bersih untuk keringkan.

 

Blood Orange Brightening Gel Moisturiser

Senarai bahan : Aqua, Sodium Hyaluronate, Maclura Cochinchinensis Leaf Extract, Propanediol, Butylene Glycol, Hydrolyzed Royal Jelly Protein, Saccharide Isomerate, Trideceth-6, Hydrogenated Polydecene, Sodium Polyacrylate, Phenoxyethanol, Azelamidopropyl Dimethyl Amine, Pachyrhyzus Erosus (Root) Extract, Propylene Glycol, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Colorant Blue (CI 77007), Glycerin, Fragrance, Maltodextrin, Ethylhexylglycerin, Menthol, Menthyl Lactate, Capparis Spinosa Fruit Extract, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Citrus Sinensis (Orange) Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Extract, Citric Acid, Sodium Citrate

Pelembab gel yang diformulasi dengan jaminan 100% berasaskan air, kami ciptakan khusus buat jenis kulit yang berminyak dan sensitif. Rasai tekstur yang ringan dan selesa ini dengan sendiri. Ia meresap terus ke dalam kulit anda dalam sekelip mata.

Blood Orange kaya dengan Anthocyanins semula jadi untuk membantu melawan radikal-radikal bebas dan kerengsaan kulit supaya segala jerawat dan jeragat dihapuskan, Vitamin C untuk mencerahkan kulit, dan Vitamin A bagi mengekalkan kesihatan kulit dari dalam. Blood Orange ini telah dibuktikan secara saintifik dapat memberikan anda kulit lebih sihat yang sekurang-kurangnya dua tona lebih cerah.

Pelembap ini dimasukkan bersama bahan premium yang berkuasa untuk melembapkan iaitu Sodium Hyaluronate di mana kemampuannya untuk menguatkan ‘skin barrier’ tidak dapat disangkal lagi.

Hydrolyzed Royal Jelly Protein membantu meningkatkan kolagen dan mengurangkan penghasilan melanin lalu memberikan anda kulit baru yang menyerlah berseri dan anjal. Ekstrak akar Bengkoang telah digunakan secara meluas untuk pencerahan kulit yang efektif.

Kombinasi ekstrak Green Tea dan ekstrak daun Olive yang kaya dengan anti-oksidan semula jadi, membantu mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan, dan hebat dalam penyembuhan luka dan parut.

 

Langkah penggunaan: Selepas mencuci dengan Blood Orange Brightening Scrub Cleanser, ambil jumlah yang berpatutan dan pakai secara gerakan membulat menggunakan hujung jari yang bersih. Dap dengan lembut untuk penyerapan ke dalam kulit. Sempurnakan langkah penjagaan kulit dengan menggunakan Blood Orange Brightening Serum terlebih dahulu sebelum Blood Orange Brightening Moisturiser.

 

You may also like

Recently viewed